Dari husband tercinta telekung sembahyang dr Bandung.... tapi bukan husband pegi sana kirim je. Tq sayang...
Thursday, June 11, 2009
From hubby with love
Posted by nkab at 4:23 AM 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
Panduan asas penyimpanan susu ibu
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
- bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
- catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
- simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 - 4 oz sahaja setiap bekas
- jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
- susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
- jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
- sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
- jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Sumber: Le Leche League
Posted by nkab at 8:36 PM 2 comments
Labels: Baby Baru
Baby hanya perlu susu ibu 6 bulan pertama
Bayi kurang 6 bulan tidak perlu air tambahan
Telah ditakrifkan bahawa penyusuan bayi secara eksklusif selama 6 bulan adalah pemberian SUSU IBU SAHAJA.
Tahukah anda bahawa bayi yang menyusu secara eksklusif tidak memerlukan tambahan air lain termasuk air masak atau air kosong, glukosa, jus, air teh, kopi dan sebagainya ?
Pemberian air kepada bayi boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi kerana:
- Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
- Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
- Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
- Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air” atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.
Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.
Posted by nkab at 8:34 PM 0 comments
Labels: Baby Baru
Birthday Sara yg ke 3





Sara menyambut birthdayny brsama Yadiy (Jun). Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.... Amin!
Posted by nkab at 7:43 PM 0 comments
Labels: My Daughter
Thursday, June 4, 2009
Minggu ke 38
Balik checkup baby.... berat aku dari 2 mgg lepas berkurang 500g dan tekanan darah turun skit. Dr kata tali pusat anak melilit leherny dua kali... kalau 4 kali lilit mest kena operate katany. aku memohon dari tuhanku semoga aku boleh beranak secara normal dan keadaan baby kembali normal. agakny sebb dia suka sgt bergerak tu yg terbelit kot. anywy alhamdulillah dia sihat kat dalam tu.... mmm baby ummi tak sabar nak lahirkan baby. n kalau betul la baby ni laki abang darwish nak namakan baby dia ni Danial. boleh la x sampai hati plak nak tolak cadangan abgny.
Posted by nkab at 11:09 PM 2 comments
Labels: Pregnant